BELI EMAS YaPEIM MELALUI KAEDAH TEMPAHAN

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK

PELAKSANAAN URUSAN JUALAN BARANGAN
EMAS YaPEIM GOLD MELALUI KAEDAH TEMPAHAN1

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke- 119/2019 yang bersidang pada 27 Julai 2019 telah memutuskan bahawa:

  1. TIDAK BERSETUJU dengan pelaksanaan urusan jualan barangan emas YaPEIM Gold melalui kaedah tempahan dan mencadangkan agar jualan emas dilakukan secara tunai. Walau bagaimanapun, jualan tersebut MASIH SAH sekiranya tempoh pembayaran dibuat dalam masa 3 hari + 1 hari.
  1. Transaksi Jual Beli Secara Tempahan

a. Pembelian produk YaPEIM Gold melalui tempahan adalah dari Agensi atau Jabatan Kerajaan memerlukan pematuhan prosedur pembayaran yang mengambil tempoh melebihi 3 hari untuk pembayaran.

b. Carta aliran proses pembelian secara tempahan adalah seperti berikut:

  • Pelanggan memohon sebutharga.
  • YaPEIM Gold menyerahkan sebutharga mengikut harga emas semasa. **Dinyatakan di dalam sebutharga sah laku sebutharga dalam tempoh 7 hari dan pembayaran deposit sebanyak 80% daripada jumlah harga mengambil kira nilai harga emas semasa.
  • Pelanggan serah pesanan belian dalam tempoh 7 hari. (Sekiranya pesanan belian tidak diterima dalam tempoh 7 hari, YaPEIM Gold akan mengeluarkan semula sebutharga berdasarkan harga emas semasa).
  • YaPEIM Gold serah invois dalam tempoh 7 hari dari tarikh pesanan belian.
  • Pelanggan membuat pembayaran deposit seperti dinyatakan di dalam invois.
  • Kewangan YaPEIM Gold sahkan penerimaan bayaran dan menyediakan tempahan mengikut tempoh yang ditetapkan.
  • YaPEIM Gold maklumkan pembayaran baki kepada YaPEIM Gold.

Bertarikh 27 Julai 2019
MJKPHSWP Kali ke 119/2019

DATUK DR ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI
Pengerusi
Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak
Wilayah Persekutuan

Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *