Kenapa harga barang makin mahal ?

HARGA BARANG MAHAL SEBAB KAU !!!
RUMAH MAHAL PUN SEBAB KAU.

Kata orang yang buat riba :
Kami buat loan riba pun bukan ganggu orang.

Bukan guna duit orang.
Bukan bayar bulan bulan pakai duit korang.
Bukan kami ni perompak duit orang.

Korang tau tak yang kaki bedal loan riba ni ?
Sebab kau lah terjadinya inflation.

Harga barang makin mahal.

Kau buat loan, duit makin banyak dicetak. Now hanya di hujung jari angka digital je dalam mesin.

Bila duit makin banyak dalam pasaran, so nilai duit tu makin menyusut.

That’s why kau tengok dulu RM50 penuh troli.

Sekarang RM50 dapat apa je ?

Nilai RM100 hari ni confirm akan datang takkan sama. Duit kau, keringat peluh kau dicuri, disedut sikit demi sikit.

Tapi cuba kau tengok harga kambing dulu 1 dinar, sekarang pun 1 dinar je. Ikut mazhab duit kertas ni, dulu kambing boleh dapat RM50 seekor, sekarang RM800 ke RM1000.

Kau tak tengok ke apa yang dah berlaku di Greece, Zimbabwe, Venezuela ?

Masih asyik duk nak peram kertas ? Nak beli telur sepapan kat Zimbabwe sampai kena bawak duit dengan kereta sorong.

The whole nation, whole country menanggung derita inflation because of you.

Yang buat riba bukan sorang tapi berjuta2 orang.

Sorang buat riba bukan RM100, tapi 6, 7 untill 8 angka.

Itu belum campur yang peringkat international, peringkat atasan lagi yang buat loan riba ni.

Masa sebelum laksanakan semula SST hari tu yang tak cerdik ni pulak sibukkan diri cepat2 nak beli kereta.

Sebab kau nampak MURAH tanpa cukai SST ? Padahal tu semua game je nak suruh orang berbelanja.

Cukai tu kena sekali je. Riba kena berapa lipat ? Tapi kau tak nampak sebab kau dah dibutakan mata dan hati terlalu pekat dengan permainan riba.

Kau tukarlah 100 orang ahli politik dan parti pun harga barang tetap naik selagi adanya RIBA.

Kalau ada yang janji harga barang turun, demi Allah kau dah kena kelentong. Tak caya tengok jela.

Actually harga barang naik bukanlah punca utamanya demand and supply sepertimana belajar dalam ekonomi di sekolah tu. Walaupun memang hal ni wujud, sometimes ada pembekal or peniaga yang sengaja sorok barang2 keperluan utama untuk wujudkan supply and demand bagi menaikkan harga barang. Tapi like i said itu bukan punca utama.

If because of demand and supply, mesti harga barang ada turun dan naik depend pada demand and supply.

Tapi ni sejak zaman p.ramlee sampai sekarang harga barang terus mendaki naik tak pernah2 turun.

Sampai P.Ramlee buat cerita dalam laksamana do re mi sengaja sebutkan berapa harga sayuran di pasar time tu.

Dalam cerita do re mi, ibrahim din pergi tanya berapa harga rumah banglo nak jual time tu Komeng jawab 60 ribu.

Sekarang rumah pangsa bersaiz 900 sqft pun harga 200k, 300k. Tu belum kira bayaran riba yang kena bayar semula pada bank, belum campur lagi segala fees yang dikenakan belum campur lagi denda lewat bayar.

Faktor seterusnya yang memainkan peranan harga barang naik adalah kerana kadar interests / faedah / riba.

Most of businessman or wholeseller or peniaga kecil sekalipun mesti terlibat dengan kredit. Terlibat dengan riba. Ada yang kenakan riba sesama pembekal dan peniaga. Pembekal bagi barang secara kredit kepada peniaga tapi dia charge riba bayaran lebih dari harga asal, lewat bayar lagilah berlipat2 kena bayar. Itu belum lagi cerita riba antara pembekal, peniaga dengan bank.

Tak kiralah personal loan ke, loan kenderaan like lorry, bus, excavator, card credit ke, or any loan riba.

So kadar loan riba ni ni akan ada kenaikan, belum cerita lambat bayar dikenakan penalty, denda, in islamix beng ubah ke bahasa arab as gharamah, ada pulak ta’widh (ganti rugi) padahal semua ni riba jahiliah yang nabi tentang dulu.

Bila kadar interest meningkat, so surely akan effect segala transaksi business sebab semuanya berkait dengan riba.

Contoh sayuran di pasar, bab logistik nak hantar sayur ke pasar tu mesti pakai lori, hilux or any transportation tu pulak bedal loan riba dengan bank.

So harga barang akan melambung naik sebab peniaga2 dari atas sampai ke bawah coz mereka nak cover loan riba masing2 yang terpaksa dibayar semakin mahal secara bulanan tu.

Bila pembekal yang paling atas mula naikkan, so yang paling bawah juga even tak terlibat dengan riba terpaksa lah naikkan sampailah yang menanggungnya end user.

Tengok sajalah kenderaan atas jalanraya yang bergerak boleh dikatakan 95% terlibat dengan loan riba. Boleh dikatakan semuanya atas kertas jadi hak bank. Padahal dia bagi pinjam wang je.

Asal kenderaan tu hak manufacturer, jual kepada pembeli kenderaan tu tapi kerana ada campur tangan bank terus jadi hak bank kenderaan tu bila tak bayar bila2 masa dia boleh tarik, walaupun sebelum tu pembeli bayar bulan2 tapi burn gitu je yang dah dibayar malah kena charge lebih lagi sebab penalty, denda, gharamah dan sebagainya.

Now kau boleh faham kan kenapa harga barang naik, harga makanan naik, harga besi naik dan segala keperluan netizen naik harganya.

As I said bukan faktor utama kerana demand and supply.

Bila berlaku krisis ni, menteri2 yang bodoh senang jawab sebab demand and supply, kalau ayam mahal makanlah benda lain, salahkan peniaga.

Mereka ada kuasa pun tak boleh nak kawal harga barangan. Sebab punca utamanya bukan kerana barang tu bermasalah tapi disebabkan riba bank.

Nak tau siapa besar antara beng or kerajaan ? Tengok sendiri siapa pinjam duit dengan siapa ? Tengok isu moratorium hari tu sudahlah siapa berada di atas siapa berada di bawah ?

Ok now pergi pulak ke issue rumah yang ramai kepanasan bila tak bedal loan riba rumah.

Rumah mahal sebab apa ? Of course tak terselindung lagi because of RIBA. Inilah punca utamanya.

Pastu pencinta RIBA ni buat2 terkejut. Alamak rumah makin lama makin mahal lah bukan makin murah.

Pastu cipta suasana panik, penuh dengan speculation je.

Takkan nak kumpul duit beli cash, so nak tak nak kenalah buat riba jugak. Pelbagai lagi teknik peraman wang kertas diajarnya.

Padahal angkara dia yang membuatkannya mahal.

Dia beli secara LOAN, then bulanan harap penyewa bayar inilah teknik memamposkan umat tapi tak ramai yang nampak malapetaka ni.

Rumah fungsinya untuk apa ? Tempat tinggal kan ? Tapi sekarang dah dijadikan sebagai sarang dagangan.

Puak² ni kalau minyak masak, beras, susu boleh buat macam teknik rumah ni, itu pun dia nak buat, sorok semua barangan runcit ni, keadaan makin panik, nah 1 tin susu RM100, 1 kampit beras RM500 boleh dibayar secara ansuran jadilah RM800.

Rumah mahal kerana RIBA dan kerana permainan kapitalis ? Tak nampak ?

Ok lets say Julia nak beli rumah dari Erin harga RM100k.

Julia pergi jumpa ORANG TENGAH NI sebab takdak duit, tetiba guna angka digital ORANG TENGAH rumah dari RM100k jadi RM200k. Belum masuk caj penalty lambat bayar lagi.

So rumah yang sama, pada masa yang sama dah jadi RM200k.

Then Julia pulak nak jual kepada Daniel, takkan nak jual RM200k kan ? Jual pulak RM300k.

Cara yang sama Daniel pergi ke ORANG TENGAH tetiba rumah yang sama, batu bata lama, rumah usang dah jadi RM600k.

Lepas ni rumah yang asalnya tadi RM100k, jadilah sampai RM juta2 akibat riba.

Padahal tu sebenarnya jual beli ANGKA sahaja. Yang kena bayar titik keringat peluh.

And so on so on so on sampailah next 7th generation pun rumah berkekalan terus jadi mahal disebabkan RIBA.

Rumah mahal kerana RIBA’, first kerana riba hasil dari pinjaman, 2nd kerana riba duit kertas tu sendiri dimakan / ditelan / dicuri oleh inflation.

Wang kertas pada hari ni langsung takdak sandarannya pada gold.

Nak tahu detail kau google je lah pasal bretton woods, kang aku cerita lebih panjang berjela lagi kau dah lah malas nak baca nak tunggu orang suap je.

Pastu mula buat wayang, alah rumah mahal sebab adanya kemudahan, pembangunan seperti, Mc Donalds, KFC etc

Habis kau ingat orang setiap hari nak makan fast food ? Sekarang dah boleh order delivery je.

Adanya sekolah, hospital, balai bomba, balai polis, grocery, klcc.

Kau ingat orang ada masa untuk sakit kepala ?

Kau ingat orang sekarang takdak transport ? Nak kena jalan kaki je ?

Kau ingat yang duduk situ suka hadap jem tengah bandar ? Suka bising ?

Hari² pergi KLCC ? Orang boleh naik kereta je pergi even jauh pun, boleh naik grab je.

Ini semua wayang untuk kelabui mata.

Cuba kau tengok rumah yang dijual secara CASH & LOAN mana lagi murah mana lagi mahal ?

Even geran individu pun aku kata semua ni mengarut. Disebabkan boleh buat loan, harga rumah jadi mahal. Tukar syarat tanah je, perabis duit lagi terus up harga rumah.

Kegilaan apakah ni ? Orang nak rumah untuk tinggal, bukan untuk sakit kepala fikir ni geran apa ?

Pemaju pulak dia tau, letak harga RM10 juta pun orang beli sebab semua boleh main riba.

Cuba takdak tawaran buat loan riba ni ?

Tengok sampai berkulat pun rumah tu tak laku. Last sekali nak tak nak kena turunkan harga.

Dia takkan berani nak letak harga gila vavi macam sekarang ni.

Kereta pun macam tu jugak, harga kereta mahal, letaklah berapa pun orang beli, cukai letak berapa pun takpe, sebab ada loan riba boleh buat.

Cuba tak boleh buat loan, mampos orang tak beli kereta mahal2 ni, of course harga sekejap je drop. Malah orang lebih rela naik public transport, naik basikal je. Motor pun jual mahal dah sekarang sebab leh buat loan.

Puak² ni kalau boleh spender, baju dalam pun dia nak beli secara LOAN, riba pun riba lah janji dapat bayar secara bertangguh, pakai dulu baru bayar.

Rumah A dan B bersebalahan specs semua sama.

Rumah A harga RM100k dijual secara cash. Rumah B dijual secara loan RM200k ?

Rumah mana laku dulu ? Confirm lah orang akan beli rumah RM200k tu sebab boleh buat loan riba.

Bayangkan takdak tawaran pinjaman riba ni ? Confirm harga rumah, harga barang takdaknya macam sekarang.

That’s why Nabi kata 1 dirham riba ni dosanya lebih besar dari 36 kali berzina.

Yang berzina padan hukum 2 ekor tu je.
Lepas dia terima hukuman settle lah.

Yang buat riba ?

Habis kerana dia orang lain kena tanggung derita. Whole nation, country kena tanggung inflation kerana dia.

Yang dah terlanjur buat riba ni nak taubat lagi susah.

Soal Allah nak terima atau tak, itu hak Dia.

Even kau dah bertaubat pun kau tetap kena membayar saki baki riba yang kau dah buat tu.

Ancaman pelaku riba ni cukup perit, baca al baqarah 275. Sampai ada ancaman neraka selama lamanya.

Thats y lah nabi kata orang yang beri pinjam duit, orang yang pinjam duit kedua2 nya pun sama. Kena dosa riba, dapat laknat.

Bertepuk sebelah tangan tak bunyi.

Riba ni berkait rapat dengan HUTANG / LOAN.

Nabi ajar supaya berlindung daripada hutang.

Tapi kau tetap kata hutang ada baik ada jahat. Kau setiap hari duk cari jalan nak buat hutang dan riba.

Hutang bank sekarang mana ada pinjam RM100 bayar RM100.

Nak backup diri kau kata alah nabi pun pernah berhutang.

Nabi siap ajar berdoa supaya minta berlindung daripada berhutang. Nabi berhutang pun untuk makanan dan keperluan, nabi gadai baju besi lagi.

Nabi berhutang untuk apa ? Ada nabi berhutang sampai nilaian dia ratus2 k ? Juta2 ?

Tak kiralah ukurannya dalam dinar dirham pun nabi tak pernah berhutang banyak dan dalam tempoh sampai puluh2 tahun ada ?

Nabi pernah berhutang dari yahudi pun sampai gadai baju besinya.

Bukannya nabi berhutang duit kertas RM100 bayar RM200. Nak bagi dalil backup diri tapi padahal apa yang nabi buat against apa kau buat.

Cukuplah dulu setakat ni.

Ni belum lagi cerita bab bon sukuk, bab bank run, bab risywah, bab collateralized debt obligation (CDO), bab fractional reserved system and banyak lagi kalau nak cerita.

.

Kau sekarang sedang dibisikkan oleh syaitan tentang kemiskinan. Lalu kau pun pergi buat loan riba.

Keimanan kau pada Allah dah luntur, hidup kau siang malam bekerja sampai bini kena kerja sekali semata2 untuk jadi hamba bayar loan je.

Cuba kau tengok kehidupan para rasul, para sahabat, ulama tabiin, tabi’ tabiin zaman salafusoleh dulu, mereka pun bekerja, siap boleh berdakwah, boleh karang kitab lagi, banyak masa sebab apa ?

Sebab hidup mereka penuh keberkatan. Zaman tu takdak inflation duit kertas pun.

SEKARANG ? Semuanya nak loan, kereta loan, kahwin loan, rumah loan, furniture loan, electrical loan, nak mengaji loan.

Kau dah ditanam racun dalam kepala berhutang riba ni bagus itulah solution.

Dajjal creates problem, then dia datangkan solution, hakikatnya solution itulah neraka yang kau sangkakan itulah syurga.

Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *