Kategori undang2kecil

Bahagian 1: Permulaan

Tajuk dan mula berkuatkuasa

1. 1. Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Az-Zahabi Selangor Berhad.
1. 2. Undang-undang Kecil ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh ianya didaftarkan oleh Suruhanjaya.

Tafsiran

2.1. Di dalam Undang-undang Kecil ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:-

  • Akta” ertinya Akta Koperasi 1993 dan pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;
  • arahan” ertinya arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Koperasi dari semasa ke semasa;
  • aturan” ertinya aturan-aturan yang dibuat oleh Lembaga dari semasa ke semasa bagi melaksanakan mana-mana aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi tertakluk kepada peruntukan Akta Koperasi 1993, Peraturan, Undang-undang Kecil dan kelulusan mesy...
[+]

Bahagian 2: Nama, Alamat Berdaftar dan Kawasan Operasi

Nama

4.1. Menurut subseksyen 7(4) dan (5) Akta, Koperasi ini hendaklah dinamakan Koperasi Az-Zahabi Selangor Berhad.

Alamat

5.1. Alamat yang didaftarkan bagi Koperasi ini ialah C-315 Metropolitan Square, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

5.2. Koperasi hendaklah memberitahu kepada Suruhanjaya dalam tempoh tiga puluh hari tentang tiap-tiap pertukaran alamat menurut seksyen 11 Akta.

Kawasan operasi

6.1. Kawasan operasi Koperasi ini ialah seluruh Selangor kecuali Hulu Selangor.

[+]

Bahagian 3: Matlamat, Fungsi dan Aktiviti

Matlamat

7.1. Menurut subseksyen 4(1) Akta, matlamat Koperasi ini ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi.

Fungsi

8.1. Fungsi Koperasi ini ialah Perkhidmatan

Aktiviti

9. 1. Bagi mencapai matlamat dan fungsi menurut undang-undang kecil 7 amnya dan 8 khasnya, Koperasi boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan, menjalankan aktiviti berikut:

(a) menjalankan aktiviti Ar-Rahnu;
(b) menjalankan aktiviti kebajikan dan pendidikan anggota;
(c) membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih;
(d) melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;
(e) mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya; da...

[+]

Bahagian 4: Keanggotaan

Anggota

10.1.  Anggota Koperasi ini termasuklah seseorang yang turut sama dalam permohonan mendaftarkan Koperasi ini dan yang telah menandatangani minit mesyuarat agung permulaan Koperasi dan seseorang yang diterima menjadi anggota menurut Peraturan dan Undang-undang Kecil ini selepas pendaftaran.

Kelayakan menjadi anggota

11. 1. Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada penduduk di kawasan operasi.

11. 2. Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah —

(a) warganegara Malaysia;
(b) telah mencapai umur lapan belas tahun;
(c) bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan
(d) bukan seorang yang terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dil...

[+]

Bahagian 5: Organisasi dan Pengurusan Koperasi

Mesyuarat agung

25.1. Tertakluk kepada peruntukan Akta, Peraturan, arahan atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa dan Undang-undang Kecil, kuasa tertinggi bagi Koperasi ini hendaklah terletakhak pada mesyuarat agung, menurut seksyen 36 Akta, yang padanya tiap-tiap anggota mempunyai hak untuk hadir dan mengundi.

25.2. Mesyuarat agung hendaklah terbahagi kepada dua jenis iaitu mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung khas.

Mesyuarat agung tahunan

26.1. Mesyuarat agung tahunan menurut subseksyen 39(1) Akta, hendaklah diadakan tidak lewat daripada enam bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan atau tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya.

Mesyuarat agung khas

27.1...

[+]

Bahagian 6: Harta dan Wang Koperasi

Wang dan kumpulan wang Koperasi

53.1. Wang dan kumpulan wang Koperasi boleh mengandungi —

(a) fi masuk dan syer anggota;
(b) simpanan khas daripada anggota;
(c) pinjaman atau deposit daripada anggota dan bukan anggota;
(d) Kumpulan Wang Rizab Statutori;
(e) Akaun Rizab Modal;
(f) Kumpulan Wang Penebusan Syer;
(g) derma dan pemberian tertentu;
(h) baki keuntungan terkumpul; dan
(i) kumpulan wang lain yang diluluskan oleh mesyuarat agung.

53.2. Kumpulan wang Koperasi selain daripada Kumpulan Wang Rizab Statutori boleh digunakan bagi melaksanakan aktiviti menurut fasal (1) undang-undang kecil 9.

Modal syer

54.1. Menurut perenggan 50(b) Akta, setiap anggota hendaklah melanggan RM300.00 (Ringgit: tiga ratus) syer sebagai sumbangan minimum yang hendaklah dijelaskan dalam tempoh yang dinyatakan...

[+]

Bahagian 7: Akaun dan Audit

Tahun kewangan

66.1. Tahun kewangan Koperasi ini bermula pada satu haribulan September dan berakhir pada tiga puluh satu haribulan Ogos setiap tahun.

Penyelenggaraan akaun

67.1. Menurut seksyen 58 Akta, Lembaga hendaklah menyenggara dengan sempurna dan kemaskini rekod perakaunan dan rekod lain mengenai tiap-tiap transaksi dan kedudukan kewangan Koperasi dan subsidiarinya, jika ada, yang berkaitan dengan —

(a) harta tetap, pelaburan dan deposit;
(b) syer serta simpanan khas yang dicarum oleh anggota; dan
(c) aktiviti yang dijalankan.

67.2. Catatan dalam rekod perakaunan dan rekod lain menurut fasal (1) hendaklah dibuat dengan seberapa segera tetapi tidak lewat daripada tiga puluh hari dari selesai sesuatu transaksi, menurut subseksyen 58(2) Akta.

67.3...

[+]

Bahagian 8: Pelbagai

Akaun bank

72.1. Akaun bank bagi Koperasi hendaklah diuruskan oleh mana-mana orang iaitu pengerusi atau setiausaha dan bendahari atau dua orang pegawai lain yang diberi kuasa oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

Mohor Koperasi

73.1. Koperasi hendaklah mempunyai satu mohor. Mohor ini tidak boleh dimeteraikan di atas mana-mana surat melainkan dengan keputusan Lembaga. Pengerusi, setiausaha dan bendahari atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh Lembaga dikehendaki menurunkan tandatangan mereka di atas tiap-tiap surat yang hendak dimeteraikan.

73.2...

[+]