Ada apa dengan Emas?

Emas sebagai ukuran nilai harta 

Sesungguhnya nilai Emas itu melangkaui masa dan Emas itu sendiri adalah kayu ukur kekayaan yang sebenar.

BIG_Income Growth

Pertumbuhan pendapatan dari 1980 ke 2012 bagi kumpulan pendapatan Pertengahan Rendah dan Rendah adalah lebih kurang 800% dalam nilai Ringgit, tetapi dalam nilai Emas, penambahannya hanya 200%.

Ini bermakna walaupun kita mempunyai lebih banyak Ringgit akan tetapi nilai Ringgit itu sendiri telah merosot sebanyak 75% dari nilai Ringgit pada tahun 1980.

Inilah yang di namakan kehilangan kuasa beli.

Impaknya dapat kita lihat secara langsung ke atas harga rumah.

BIG_House Price RM v Gold

Sungguhpun harga rumah meningkat mengikut kadar Ringgit, tetapi jika dinilai dengan emas, harga rumah sebenarnya telah susut nilainya sebanyak 60% – 80% dari nilainya pada tahun 1972.

Maknanya, sekiranya pada tahun 1972, anda telah membeli 12.98 kg emas dengan RM 42,000 dan bukannya sebuah rumah teres satu tingkat, emas seberat 12.98 kg itu kini, akan membolehkan anda membeli sebuah Banglo yang bernilai RM2.5 juta.

Hakikatnya rumah teres satu tingkat anda yang bernilai RM 42,000 pada tahun 1972 kini hanya bernilai RM 400,000.

BIG_2000-2012 House & Gold

Harga emas telah melonjak dari lebih kurang RM 30/gm dalam tahun 2000 kepada  RM 175/g dalam tahun 2012, pertambahan sebanyak 583%.

Sedangkan dalam nilai Ringgit, harga purata rumah (harga rumah biasa) bertambah dari RM 140,000 dalam tahun 2000 kepada purata RM 160,000 dalam tahun 2012. Pertambahan itu hanyalah sebanyak 14% sahaja.

Jadi, adakah nilai Emas akan jatuh pada masa depan?

BIG_au75-presTidak mungkin sekali, tapi apa yang pasti kita saksikan ialah hakisan nilai mata wang yang berterusan.