remove_action('wp_head', 'wp_generator'); Koperasi Az Zahabi Selangor Berhad

Bahagian 7: Akaun dan Audit

Tahun kewangan

66.1. Tahun kewangan Koperasi ini bermula pada satu haribulan September dan berakhir pada tiga puluh satu haribulan Ogos setiap tahun.

 

Penyelenggaraan akaun

67.1. Menurut seksyen 58 Akta, Lembaga hendaklah menyenggara dengan sempurna dan kemaskini rekod perakaunan dan rekod lain mengenai tiap-tiap transaksi dan kedudukan kewangan Koperasi dan subsidiarinya, jika ada, yang berkaitan dengan —

(a) harta tetap, pelaburan dan deposit;
(b) syer serta simpanan khas yang dicarum oleh anggota; dan
(c) aktiviti yang dijalankan.

67.2. Catatan dalam rekod perakaunan dan rekod lain menurut fasal (1) hendaklah dibuat dengan seberapa segera tetapi tidak lewat daripada tiga puluh hari dari selesai sesuatu transaksi, menurut subseksyen 58(2) Akta.

67.3. Penyediaan akaun iaitu akaun perdagangan, untung rugi dan kunci kira-kira hendaklah dibuat dengan seberapa segera tetapi tidak lewat daripada dua bulan selepas tamatnya tahun kewangan supaya dapat diaudit.

67.4. Akaun menurut fasal (3) yang telah diaudit hendaklah dibentangkan di dalam mesyuarat agung tidak lewat daripada enam bulan selepas tamatnya tahun kewangan itu.

67.5. Rekod perakaunan menurut fasal (1) hendaklah disimpan —

(a) di pejabat berdaftar Koperasi pada sepanjang masa atau di mana-mana tempat lain yang difikirkan patut oleh Lembaga, menurut subseksyen 58(4) Akta; dan
(b) selama enam tahun selepas diaudit menurut Peraturan.

67.6. Rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

67.7. Lembaga boleh melantik mana-mana individu atau firma untuk mengemaskinikan rekod perakaunan bagi memastikan rekod tersebut dapat diaudit dalam tempoh yang ditetapkan.

67.8. Suruhanjaya boleh, menurut subseksyen 58(5) Akta, dalam kes tertentu memerintahkan supaya rekod perakaunan Koperasi diserahkan untuk diperiksa oleh seseorang juruaudit yang bertindak bagi pihak seseorang anggota atau pegawai.

67.9. Suatu senarai terperinci butiran perbelanjaan Lembaga dan bayaran kepada atau bagi pihak anggota individu Lembaga dan jawatankuasa hendaklah dimasukkan dalam nota kepada akaun untung rugi Koperasi, menurut Peraturan.

Resit dan baucar

68.1. Resit Koperasi hendaklah dikeluarkan bagi semua wang atau penerimaan lain seperti cek dan wang pos yang diterima. Resit itu hendaklah ditandatangani oleh bendahari atau pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

68.2. Baucar hendaklah disediakan bagi setiap pembayaran yang dibuat oleh Koperasi. Baucar tersebut hendaklah ditandatangani atau diluluskan oleh bendahari atau pengurus serta disahkan oleh pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

Pelantikan dan kewajipan juruaudit

69.1. Lembaga hendaklah melantik seorang juruaudit bagi mengaudit akaun Koperasi, menurut subseksyen 60(1) Akta.

69.2. Juruaudit yang dilantik menurut fasal (1) hendaklah dipilih oleh mesyuarat Lembaga daripada panel yang diluluskan oleh mesyuarat agung dan mengemukakan satu salinan surat cara pelantikan kepada Suruhanjaya, menurut Peraturan.

69.3. Juruaudit berkewajipan untuk mengaudit akaun dan rekod Koperasi dan hendaklah memberi laporan mengenai penyata kewangan yang dikemukakan oleh Koperasi selepas berakhirnya tahun kewangan itu untuk perhatian Suruhanjaya serta anggota Koperasi, menurut seksyen 63 Akta.

Penyerahan buku dan dokumen untuk diaudit

70.1. Menurut Peraturan, suatu senarai buku dan dokumen Koperasi hendaklah disediakan oleh Koperasi dan diserahkan kepada juruaudit untuk ditandatangani sebagai pengakuan penerimaannya. Sesalinan senarai itu hendaklah disimpan oleh Koperasi.

Mengemukakan penyata kewangan dan laporan kepada anggota

71.1. Satu salinan penyata berikut hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap anggota tidak lewat daripada lima belas hari sebelum mesyuarat agung tahunan —

(a) akaun perdagangan;
(b) akaun untung rugi;
(c) apa-apa penyata sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya;
(d) kunci kira-kira dan laporan Lembaga mengenai kedudukan hal-ehwal Koperasi dan subsidiari yang telah dikemukakan untuk mendapat pandangan Suruhanjaya, menurut subseksyen 59(2) Akta;
(e) laporan juruaudit; dan
(f) laporan Jawatankuasa Audit Dalaman.

Leave a reply