remove_action('wp_head', 'wp_generator'); Koperasi Az Zahabi Selangor Berhad

Bahagian 3: Matlamat, Fungsi dan Aktiviti

Matlamat

7.1. Menurut subseksyen 4(1) Akta, matlamat Koperasi ini ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi.

 

Fungsi

8.1. Fungsi Koperasi ini ialah Perkhidmatan

Aktiviti

9. 1. Bagi mencapai matlamat dan fungsi menurut undang-undang kecil 7 amnya dan 8 khasnya, Koperasi boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan, menjalankan aktiviti berikut:

(a) menjalankan aktiviti Ar-Rahnu;
(b) menjalankan aktiviti kebajikan dan pendidikan anggota;
(c) membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih;
(d) melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;
(e) mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya; dan
(f) menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi lain.

9. 2. Bagi melaksanakan aktiviti menurut fasal (1), Koperasi boleh mendapatkan —

(a) modal dengan cara mengumpul syer, deposit, pinjaman atau simpanan khas daripada anggota; dan
(b) deposit atau pinjaman daripada bukan anggota dengan kelulusan Suruhanjaya menurut perenggan 50(e), subseksyen 52(2), seksyen 52A Akta dan Peraturan.

9. 3. Bagi mengendalikan sesuatu aktiviti menurut fasal (1), Lembaga hendaklah membuat aturan aktiviti yang sesuai yang diluluskan oleh mesyuarat agung dan satu salinan hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam tempoh tiga puluh hari selepas diluluskan oleh mesyuarat agung itu.

9. 4. Bagi maksud perenggan 50(e) Akta, sesuatu Koperasi hendaklah —

(a) menyatakan dalam undang-undang kecilnya, aktiviti yang berhubungan dengan deposit atau pinjaman daripada anggota atau bukan anggota;
(b) menyatakan terma dan syarat bagi setiap aktiviti dalam aturan yang berasingan;
(c) membentangkan aturan itu dalam mesyuarat agung untuk kelulusan; dan
(d) mengemukakan aturan itu kepada Suruhanjaya dalam masa tiga puluh hari selepas aturan itu diluluskan oleh mesyuarat agung. Walau apa pun Suruhanjaya boleh mengarahkan supaya aturan dipinda, jika perlu, demi kepentingan koperasi.

9. 5. Walau apa pun peruntukan undang-undang kecil ini, setiap aktiviti yang hendak dijalankan adalah tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain.

Leave a reply