remove_action('wp_head', 'wp_generator'); Koperasi Az Zahabi Selangor Berhad

Bahagian 1: Permulaan

Tajuk dan mula berkuatkuasa

1. 1. Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Az-Zahabi Selangor Berhad.
1. 2. Undang-undang Kecil ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh ianya didaftarkan oleh Suruhanjaya.

Tafsiran

2.1. Di dalam Undang-undang Kecil ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:-

  • Akta” ertinya Akta Koperasi 1993 dan pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;
  • arahan” ertinya arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Koperasi dari semasa ke semasa;
  • aturan” ertinya aturan-aturan yang dibuat oleh Lembaga dari semasa ke semasa bagi melaksanakan mana-mana aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi tertakluk kepada peruntukan Akta Koperasi 1993, Peraturan, Undang-undang Kecil dan kelulusan mesyuarat agung;
  • Az Zahabi” ertinya sekaligus dalam bahasa Arab;
  • dividen” ertinya bahagian keuntungan Koperasi ini yang dibahagikan di kalangan anggotanya mengikut kadar modal syer yang dipegang oleh mereka, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
  • elaun” ertinya saraan yang dibayar kepada seorang anggota Lembaga bagi Koperasi ini sebagai balasan kerana khidmatnya yang diberikan kepada Koperasi ini secara tetap;
  • garis panduan” ertinya garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Koperasi dari semasa ke semasa;
  • kawasan operasi” ertinya kawasan di mana Koperasi ini dibolehkan mendapat anggotanya;
  • kesalahan boleh daftar” ertinya kesalahan yang boleh didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah-Penjenayah dan Orang-Orang Tak Diingini 1969, sebagaimana yang ditakrifkan menurut Jadual Pertama dan Kedua kepada Akta itu;
  • Koperasi” atau “Koperasi ini” ertinya Koperasi Az-Zahabi Selangor Berhad;
  • Lembaga” ertinya badan pengelola Koperasi ini yang kepadanya pengurusan hal-ehwal Koperasi ini diamanahkan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
  • Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab pembangunan koperasi, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
  • pegawai” berhubung dengan Koperasi ertinya seorang pengerusi, setiausaha,bendahari atau mana-mana anggota lain Lembaga, dan termasuklah ketua pegawai eksekutif, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga, Peraturan atau perintah atau Undang-undang Kecil untuk memberi arahan berkenaan dengan urusan Koperasi ini, atau mana-mana pekerja, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
  • pelantikan” termasuklah apa-apa pelantikan atau pelantikan semula, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
  • Pengerusi Eksekutif” ertinya Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
  • Peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat menurut Akta Koperasi 1993 dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;
  • potongan langganan” ertinya bahagian keuntungan Koperasi ini yang dibahagikan di kalangan anggotanya mengikut kadar banyaknya perniagaan yang dilakukan oleh mereka dengan Koperasi ini dan yang daripadanya keuntungan Koperasi ini diperoleh, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
  • prinsip koperasi” termasuklah:

(a) keanggotaan sukarela dan terbuka;
(b) kawalan demokratik oleh anggota;
(c) penglibatan ekonomi oleh anggota;
(d) autonomi dan kebebasan;
(e) pendidikan, latihan dan maklumat;
(f) kerjasama antara koperasi; dan
(g) mengambil berat terhadap masyarakat, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

  • pulangan” termasuklah apa-apa bentuk sewaan, pulangan, dividen atau faedah, termasuk apa-apa fi atau hadiah, yang kena dibayar atau akan diberikan berhubung dengan apa-apa urusniaga, transaksi atau surat cara, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
  • sabitan” termasuklah sesuatu dapatan bersalah dan pembuktian kesalahan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
  • simpanan khas” ertinya wang yang didepositkan oleh seorang anggota dengan Koperasi ini dengan niat nyata untuk menggunakan wang yang didepositkan untuk suatu maksud yang dinyatakan yang dibenarkan di bawah Peraturan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
  • subsidiari” ertinya sesuatu syarikat, sebagaimana yang ditakrifkan menurut Akta Syarikat 1965, yang komposisi Lembaga Pengarahnya atau lebih daripada separuh kuasa mengundinya dikawal oleh Koperasi ini, atau yang lebih daripada separuh modal syer diterbitkannya dipegang oleh Koperasi ini, dan termasuklah sesuatu subsidiari, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta itu, bagi syarikat itu,sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
  • Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang ditubuhkan menurut Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
  • syer” ertinya bahagian dalam modal syer Koperasi ini yang disumbangkan oleh seorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam Koperasi ini, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
  • Undang-undang Kecil” ertinya Undang-undang Kecil berdaftar yang dibuat oleh Koperasi ini pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta Koperasi 1993 dan termasuklah sesuatu pindaan berdaftar Undang-undang Kecil, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
  • wang berlebihan” ertinya tertakluk kepada Peraturan, wang yang melebihi amaun yang diperlukan oleh Koperasi ini bagi kegunaan segera sebagai modal kerja bagi perniagaannya, yang boleh didepositkan atau dilaburkan di luar Koperasi ini tanpa menjejaskan pengendalian perniagaan itu, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993.

Perubahan dari segi nahu, jenis jantina dan bilangan

3. 1. Jika mana-mana perkataan atau perbahasan di takrif dalam sesuatu undang-undang bertulis, takrif itu hendaklah diperluaskan kepada segala perubahan nahu dan perbahasan loghat perkataan itu atau perbahasan yang ditakrifkan.

3. 2. Perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan yang memaksudkan jenis lelaki meliputi perempuan.

3. 3. Perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan dalam bilangan tunggal meliputi bilangan jamak, dan perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan dalam bilangan jamak meliputi bilangan tunggal.

Leave a reply