remove_action('wp_head', 'wp_generator'); Koperasi Az Zahabi Selangor Berhad

#azzahabi.my

Koperasi Az-Zahabi Selangor Berhad (B-4-1029) menyediakan kemudahan penukaran matawang kepada unit-unit emas. Unit-unit emas yang ditawarkan adalah dalam nisbah 0.1 gram yang ditempa daripada jongkong-jongkong kas 100 gram emas 999.9 PAMP Suisse.

Ahli-ahli dan pelanggan Koperasi akan diberi akses ke akaun atas talian di azzahabi.my yang membolehkan pelbagai urusan seperti mendeposit atau mengeluarkan matawang, jual-beli unit-unit emas yang disediakan oleh Koperasi dan dalam fasa-fasa akan datang, memajak, membayar zakat atau pun memberi sadakah, memindah-milik ke ahli/pelanggan lain dan bergabung dalam bursa musyakarah. Peruntukan unit-unit emas dikawal  oleh sistem azzahabi.my.

Audit berkala akan dijalankan oleh  juruaudit bebas untuk mengesahkan kewibawaan nombor pengenalan setiap unit emas yang bertaut kepada nombor siri jongkong emas dan peti-peti simpanan keselamatan dimana tersimpannya jongkong-jongkong emas itu.

Pengeluaran pada permulaannya hanya boleh dibuat dalam bentuk matawang; dengan pemindahan keluar melalui akaun bank ahli/pelanggan yang berdaftar. Dalam fasa-fasa berikutnya, ahli/pelanggan akan diberi opsyen untuk mengeluarkan jongkong-jongkong emas terpilih atau dinar/dirham dengan hanya menampung kos tempaan.

Ciri utama sistem azzahabi.my adalah untuk membolehkan ahli/pelanggan menggadai/ar-rahnu unit-unit emas mereka melalui akaun atas talian ahli/pelanggan. Satu akaun ar-rahnu berasingan akan dibuka bagi setiap urusniaga ar-rahnu.

Pendaftaran Ahli Pelanggan Koperasi

Klik untuk mendaftar sebagai Ahli Pengguna Koperasi Az-Zahabi

Permohonan untuk menjadi Ahli Pelanggan Koperasi adalah melalui permohonan atas talian di azzahabi.my dan ianya tertakluk kepada Seksyen 4 Undang-Undang Kecil Koperasi sepertimana diendorskan dalam mesyuarat agung tahunan yang pertama Koperasi Az-Zahabi Selangor Berhad.

No rujukan pindahan melalui perbankan elektronik atau imej slip deposit fi penyertaan sebanyak RM20.00 hendaklah disertakan bersama permohonan.

Menekan butang “Register” adalah akad pemohon bahawa ia:

  1. Akan tertakluk kepada Undang-Undang Kecil Koperasi dan Aturan yang diterima-pakai bagi kegiatan-kegiatannya
  2. Bukanlah seorang yang telah terdakwa
  3. Bukanlah merupakan seorang bankrup yang belum di discaj dan
  4. Tidak pernah ditolak permohonan menjadi ahli oleh sebuah koperasi lain dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

Ahli Pemegang Saham Koperasi

Kelayakan

Pembelian saham terbuka kepada semua Ahli Pelanggan Koperasi yang berdaftar serta orang perseorangan, warganegara Malaysia yang

  1. Sudah mencapai umur 18 tahun
  2. Tinggal, memiliki hartanah dalam atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi
  3. Tidak seorang yang telah terdakwa, cacat akal, bankrupt yang belum di discaj atau pernah ada rekod permohonan menjadi ahli sesebuah koperasi yang ditolak, dalam tempoh 12 bulan terakhir.

Bayaran RM 300 (Ringgit Tiga Ratus) untuk satu saham Koperasi Az Zahabi Selangor Berhad.
Lembaga Pengarah mempunyai hak untuk menolak mana-mana permohonan dan pemohon yang berjaya akan diberitahu dalam masa 30 hari selepas memohon.

Urus Niaga

Jenis-jenis akaun atas talian azzahabi.my

  1. Akaun Perseorangan: Akaun utama peserta bagi Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, yang mempunyai MyKad.
  2. Akaun Minor: Satu akaun peserta, disokong oleh seorang peserta Perseorangan, untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke bawah
  3. Akaun Korporat: Satu akaun peserta, di tadbirkan oleh seorang peserta Perseorangan yang diberi kuasa, untuk sebuah syarikat Malaysia yang berdaftar.

Akaun Penempatan Matawang

Proses Deposit

  1. Wang tunai dimasukkan ke dalam akaun-akaun bank Koperasi di Maybank atau CIMB.
  2. Ahli memaklumkan deposit tersebut melalui akaun atas talian ahli di azzahabi.my di bawah menu “Deposit
  3. Pihak Koperasi akan mengesahkan penerimaan deposit tersebut dalam akaun bank Koperasi dan seterusnya mengesahkan deposit tersebut.
  4. Amaun yang di deposit kan itu akan di daftar di bawah Akaun Matawang ahli.

Proses Pengeluaran

  1. Ahli memberitahu Koperasi amaun yang ia bercadang untuk keluarkan daripada Akaun Matawang ahli, melalui akaun talian ahli di azzahabi.my di bawah menu “Withdrawal“.
  2. Koperasi akan mengesahkan permohonan pengeluaran dan mengatur pemindahan wang tunai ke dalam akaun bank ahli yang telah di daftar dalam masa 48 jam permintaan dibuat.
  3. Fi pentadbiran termasuk fi yang dikenakan oleh bank, akan di caj ke Akaun Matawang ahli.
  4. Amaun yang dikeluarkan akan ditolak daripada Akaun Matawang ahli.

Akaun Unit Emas

Penetapan Harga

  1. Harga yang ditawarkan ditentukan mengikut harga semasa pasaran dunia emas, dicampur kos menempa jongkong emas dan logistik.
  2. Aktiviti beli akan dikenakan fi pentadbiran untuk menampung kos yang perlu bagi pentadbiran, sekuriti, logistik dan perlindungan. Kadar itu akan dikenakan atas setiap urusniaga beli.
  3. Aktiviti jual akan dikenakan fi pentadbiran untuk menampung kos yang perlu bagi pentadbiran, sekuriti dan logistic. Kadar itu akan dikenakan atas setiap urusniaga jual.

Asas Simpanan

  1. Ianya merupakan pemeliharaan kekayaan dengan cara simpanan berbentuk emas fisikal.
  2. Emas itu sendiri telah dibuktikan bahawa dalam satu jangka masa, nilainya terpelihara.
  3. Tidak ada elemen pulangan berasas Matawang Ringgit.

Emas seberat 4.25 gram boleh digunakan untuk membeli seekor kambing 1,400 tahun dulu dan amaun yang sama masih lagi mencukupi untuk membeli seekor kambing bernilai RM 700 sekarang.

Jongkong Emas

sell-gold-cast-bullionKami jamin bahawa unit emas yang kami  tawarkan boleh didapati dalam jongkong kas 100 gram emas 999.9 PAMP Suisse, di indeks dan disimpan dalam peti-peti simpanan dengan lindungan takaful berkelompok diaudit dan ditentu-sahkan setiap bulan oleh juruaudit yang bertauliah dan diselenggarakan oleh sistem azzahabi.my.

Penyimpanan: Koperasi akan simpan jongkong emas dalam peti keselamatan deposit dengan sekuriti dan perlindungan yang perlukan.

Takaful: Penyertaan dalam pelan Takaful yang perlu akan diambil oleh Koperasi sebagai langkah berjaga-jaga terhadap kehilangan dan kecurian.

 

Berinteraksilah dengan selamat bersama kami di azzahabi.my kerana talian ke server kami dilindungi oleh Verisign.